Pembelian Darul Ummah

Assalamualaikum Wr. Wb.

Selamat sejahtera,

PAS Kawasan Titiwangsa melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Pembelian Darul Ummah (PADU) sedang berusaha keras untuk mencukupkan pengumpulan dana pembelian tapak yang diduduki dimana terletaknya Markaz PAS Kawasan Titiwangsa iaitu Darul Ummah. Jumlah yang mesti dikumpul adalah sebanyak RM 250,000.00 iaitu 50% daripada harga jualan yang diletakkan oleh pemilik tanah tersebut. Jumlah sebanyak RM 250,000 tersebut mestilah dikumpul selewat lewatnya pada 30 Jun 2007 berikutan ada pembeli saingan yang juga ingin membeli tapak tersebut. Tanah seluas 8393.5 kaki persegi itu telah disewa sejak tahun 2000. Keputusan Mesyuarat telah membentuk 3 pelan iaitu Qardhul Hassan, Infaq dan Skim Wakaf (RM 100.00 sepetak). Pelan pelan tersebut akan diselenggara melalui ketua masing masing. Keterangan lengkap adalah seperti berikut :

Penasihat : Ustaz Mohd Yusof

  • Qardhul Hassan : Hedzer (019-2708639 / 014-6279847)
  • Infaq : Zakri (019-2107060)
  • Skim Wakaf : Ustaz Amran (019-3654505)

Bagi mereka yang ingin menyumbang, bolehlah melalui nama nama seperti diatas atau terus ke Akaun Bank :

logo.gifNo. Akaun BIMB : 14-032-01-003510-0

Pembayaran melalui cek atas nama : Tabung Pembangunan Darul Ummah

Sementara itu kumpulan kumpulan melalui PAS Cawangan Cawangan telah dibentuk dimana ahli ahli kumpulan telah diberi amanah untuk mengutip sumbangan dari para dermawan. PAS Kawasan mengucapkan Jazkallahu Khairan Kathira kepada mereka yang telah menderma dan kepada yang bakal menderma. Semoga Allah memberkati rezeki yang diterima dan melipatgandakan harta yang telah dikeluarkan.

Wassalamualaikum Wr. wb.

HEDZER IBRAHIM

Timbalan Yang Dipertua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s